Sunday, April 26, 2009

Nice experiences!

Semalam penat sangat sampai tidur tak ingat dunia.MySpace Macam-macam jadi semalam. Exam Psikologi Kognitif. Hantar barang permata hijrah. Drive ke PWTC. Beli buku-buku sebagai bahan mengajar kat putrajaya.

Masa drive nak hantar barang kat pantai permai hampir terlanggar orang. Syu cakap “aaaa…. Kak dib.” Hani cakap…”kalau hani…”… Saya pula kata.."Harap2 tak jumpa dah orang tu.."

Ada hikmahnya. Customer yang saya nak jumpa tu rupa2nya pelik orangnya.

Syuhada langkah kanan. Dia pun beli barang permata hijrah. Then kami ajak sekali untuk beli buku kat PWTC. Hmmm 22 April dah pergi sebenarnya. Tapi sampai waktu dah tutup. Jadi sampai je semalam terus ke tingkat dua beli buku sains dan kimia tuk tingkatan satu,dua dan empat. Penolong kanan belum bagitahu kena ajar apa. Yang dia cakap “Welcome to the Fantasy World”. Bunyinya menarik tapi wah…! Tawakkal saja laMySpace.

Semasa merayau-rayau, jumpa Ustazah Siti Nurbahiyah dan suami. Nak cuba beratur nak ambil tandatangan sebab alang2 memang kat depat diorang saja. Tapi pikir2 semula, erm tak pernah pun aku buat kerja ni. Then, tak jadi. Penat-penat beli buku mahal. Keluar dan jumpa Kak Marina dan Kak Ratna. Cikgu PKPG yang ambil sains dgn Pendidikan sama2 kami. Diorang jumpa 3 buku harga RM5. So, apa lagi, kami pun NAK!MySpace Buku sekolah la.

Jam 5.30 petang saya, hani dan syuhada ke lobi menyaksikan Habiburrahman. Rupa2nya, Pak Habib ni tembam orangnya. Kata-katanya penuh dengan sense of humor. Erm saya terlupa ada kamera dalam beg. So, take a snap jap. See…


Sebelum balik beli buku tuk mami sempena hari ibu… untuk abah? Ermm bagi buku juga. Tapi macam tak sesuai ja. Untuk cik kecik2 ada sorang satu, yang murah ja. Mahal-mahal nanti laMySpace.

Masa drive balik ada teksi kerek. Tak bagi jalan konon macam jalan dia. Kata Syu, “memang teksi macam tu, jangan kak… jangan… bagi dia je jalan tu..”. Asal tengok perempuan muda je nak test power. Kurang asamMySpace. Saya tak surrender pun. Syuhada nak terjerit..hehe

Lastly, solat kat rumah hani. Kat Kampung baru. Subhanallah.. ada kampung yang aman di sini di sebalik hiruk pikuk kota raya. Ini snap shot yang saya ambil di depan rumah hani. Yang saya dengan Syu ni, wah cantiknya.. cantiknya.. haha. Hani buat dek saja sebab dah dari kecik lagi duk tengok batu konkrit tu kat situ.


Wallahua’alam. Walaupun segala kejadian nampak kebetulan, namun tiada satu saat pun yang Allah tidak terlalai dan tertidur. Segalanya milik Allah dan segalanya ketentuan Allah. Moga Allah lindungi kita dari kemurkaanNya.

Hati saya terusik semalam. Namun saya lawan. Hanya orang yang tahu, tahu jawapannya. Harap saya ia tidak berulang lagi. Syaitan sentiasa menunggu peluang untuk menusuk jarumnya. Jarum yang penuh duri. Yang penting jangan saya mulakan….MySpace

3 comments:

Head Shot said...

pengalaman seharian yang menarik. Dan bersyukur dapat diterangkan melalui buah perkataan. Hati-hati memandu ok!

keKaNda13 said...

hehehehe..best baca citer deq bah nie..wiwiwiwi..jalan-jalan menbah iman..sabor ek dgn karenah2 orang sekekliling..moga menjadi guru mithali, disukai dan diminati serta disayangi murid tersayang nti..bashah!bashah deq Bah!!! (n_n)

Adibah S said...

tq pada cik hazim dan cik kanda. Setia memberi komen walau pun sekadar melepaskan luahan kepenatan.

Hati terusik adalah kerana sms customer yang gatal. Salah siapa.. salah saya yang melayan.. hehe

Sms lain tak mengganggu tapi, yang menggatalnya cik senyum la =p..na'uzubillahiminzalik. Tak nak biasakan..takut jadik biasa..