Untuk entri kali ini saya tak ada apa yang hendak ditulis, agaknya saya sedang mengalami sindrom peperiksaan yang agak kritikal. Buat itu tak kena, buat ini tak kena, sampai satu tahap saya rasa saya rindu sangat mak ayah. Mereka merantau ke sana ke mari melawat cucu-cucu tersayang.Kat KL dan kat Pekan. Malah lebih terharu lagi mereka menawarkan diri untuk menghantar kereta untuk kegunaan saya semasa praktikal nanti. Hmmm, selalunya saya jarang berfikir secara kritikal dan rasional bila beremosi, itu mungkin penyebab saya tidak berjaya menghasilkan entri-entri sejak sebukan yang lalu.
Saya melawat Kak syafa melihat keadaannya yang sarat menunggu kelahiran bayi pertama awal bulan 7 nanti. Katanya menccari guru pengganti. Tapi sayang saya akan habis praktikal pertengahan bulan 7 nanti. Tak apalah. Bukan rezeki saya.
Tadi saya ke Akademi pengajian Islam untuk mendaftar ujian praktikal bacaan quran yang dah lama sangat tertangguh. Alhamdulillah sempat lagi memandangkan saya akan buat praktikal area yang dekat dengan UM. Selepas tu saya ke gerai jualan buku-buku dan kismis. Saya borak la sikit dengan pak cik tu. Dia bagi maklumat sekarang sudah buka pengajian hadis kat UM. Sijil pengajian hadis. Sama dengan apa yang dipelajari dalam Diploma pengajian Usuluddin. Subhanallah! Kemudian dia cadangkan saya ambil pengajian diploma ni dan jika digabungkan dengan Ijazah saya sekarang,bolehlah sambung pengajian Master dalam bidang agama dengan kelulusan yang saya ada. Alamak. mana satu saya nak pilih. Kena buat istikharah betul-betul ni. Nak buat master dalam bidang apa ye? semua kena pakai duit. Kalau masa saya sudah kerja boleh lah cari duit sendiri. Tapi mampukah? Keluarga baru + pekerjaan guru yang sarat + master in .....? Dulu saya pernah merancang nak ambil master in bioteknologi. Tapi tanya sahabat saya perlukah ambil bidang ni semata-mata nak buka ladang pertanian? Kata saya, saya suka! tetapi masih dalam pertimbangan.
Hidup sedang panjang. Banyak impian belum diperpanjangkan. Sekarang saya teringat cita-cita lama saya sejak daripada sekolah rendah lagi iaitu menulis. Perlukah saya menjadi amateur dalam bidang ini semata-mata kerana saya bernama 'ADIBAH'? Tak perlu kalau tak bersungguh. =p. Malah cita-cita lain pun sama, TAK PERLU KALAU TAK BERSUNGGUH! menyusahkan orang lain dan menyusahkan diri sendiri.
3 comments:
Assalamualaikum dib(^^,)..
Saya doakan awak berjaya dalam mengharungi cabaran sebagai bakal guru and jgn tensyen2 k..awak kuat dib,klu org len buleh wat, awk pun mestilah boleh buat dgn lebih baik..cayok2..
ingt Dib, Allah xkn uji umatnya dgn benda yg xmampu ditanggung oleh umat tu, awk seorg yg kuat dib, n mampu mengatasi segala masalah..yakin pd diri, n tawalkal kepadaNya..
from,
ur friend, aini.
my dear aini. Thanks 4 ur support. Tak ada kredit ke..patula berusaha menjawab dalam blog ni... thanks a lot for being my.......!
Post a Comment