Thursday, April 30, 2009

Swine flu


The world going to The End. Human will kill swines...

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, ketika ditanya tentang masalah wafat dan diangkatnya Nabi Isa 'alaihissalam, beliau berkata, "Segala puji kepunyaan Allah. Isa 'alaihissalam masih hidup. Dan disebutkan di dalam hadits shahih bahwa Nabi saw bersabda:

“Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kalian sebagai hakim dan pemimpin yang adil, lalu menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan pajak. " [Vide: Perkataan Syekh Muhammad Abduh dalam Tafsir Al-Manar 3:317].

More info about swine flu

Swine Influenza (swine flu) is a respiratory disease of pigs caused by type A influenza virus that regularly causes outbreaks of influenza in pigs.

Wednesday, April 29, 2009

Human behavior (Human biology) will be edit because many false information

Biological Psychology

Psychodynamic

Cognitive

Humanistic

Approaches 3 ways:

  1. Comparative
  2. Physiology
  3. Investigation of inheritance

Area of application:

  1. Therapy
  2. Relationship
  3. IQ
  4. Abnormal behavior
  5. Development

Approach assumption:

  1. Conscious
  2. Unconscious
  3. Personality

ID

Ego

Superego

   


 

Area of application:

  1. Personality
  2. Aggression (displacement)
  3. Moral development (superego)
  4. Attachment (Bowlby)
  5. Therapy (Psychoanalysis)

Approach:

  1. Human experimental psychology

    - Memory, attention, Problem Solving, Language

  2. Computer analogies Information processing approaches
  • Artificial intelligence
  • Computer simulation
  1. Cognitive neuroscience

Area of application

  1. Memory, attention, perception
  2. Child development
  3. Therapy
  4. Problem Solving


 

Approach:

  • Study of the whole person
  • Thru the eyes of the person doing behaving
  • Indiv's behaviour

Area of application:

  1. Client centered therapy
  2. Qualitative methods
  3. Abnormal behavior
  4. Education

Behaviorism

Habituation

Classical conditioning

Operant learning

Practical application

Bowlby attachment theory

Simplest form

Repetition stimulus

Learning rather than fatigue

A form of non-associative learning

Will be concentrated on associated learning


 

The elements of associative learning

(Ivan Pavlov)

Conditioning trial

Test trial

During conditioning

Basic principles:

1.Acquisition

2. Extinction

B.F. Skinner

-motivational significance

Their being repeated

Definition: specific action to occur either more frequently or less frequently by manipulating its consequences

Application: in animal training

appetitive

Aversive

+ve reinforcemnet

punishment

Behavior modification

Includes:

Shaping

Conditioned reinforces

Attachment behaviours r instinctive

Exp to thieves


 

Affectionless psychopaths

Tuesday, April 28, 2009

Ia dahaga…


Langit dunia sedang berbicara
Cinta hamba ini sedang diuji
Setiap hari ia berteduh di bawahku
Ku lihat ia secara menyeluruh

Aku langit
Melihat dia ke sana ke mari
Urusan sehari- hari membawa ia
Kadang terlindung kadang tersua

Aku bisa
Melihat ia berpanas berhujan
Aku rela menemani ia
Namun ia tidak mnyedari

Aku lihat bukan aku lihat
Aku rasa bukan aku rasa
Kegelisahan yang terpancar
Dari gerak lakunya

Aku tahu ia dahaga
Kerana ia terdedah dengan segala
Tanpa dihujani doa para malaikat
Di majlis penuh barakah

Majlis Ilmu…

Nukilan Adibah S

Sunday, April 26, 2009

Nice experiences!

Semalam penat sangat sampai tidur tak ingat dunia.MySpace Macam-macam jadi semalam. Exam Psikologi Kognitif. Hantar barang permata hijrah. Drive ke PWTC. Beli buku-buku sebagai bahan mengajar kat putrajaya.

Masa drive nak hantar barang kat pantai permai hampir terlanggar orang. Syu cakap “aaaa…. Kak dib.” Hani cakap…”kalau hani…”… Saya pula kata.."Harap2 tak jumpa dah orang tu.."

Ada hikmahnya. Customer yang saya nak jumpa tu rupa2nya pelik orangnya.

Syuhada langkah kanan. Dia pun beli barang permata hijrah. Then kami ajak sekali untuk beli buku kat PWTC. Hmmm 22 April dah pergi sebenarnya. Tapi sampai waktu dah tutup. Jadi sampai je semalam terus ke tingkat dua beli buku sains dan kimia tuk tingkatan satu,dua dan empat. Penolong kanan belum bagitahu kena ajar apa. Yang dia cakap “Welcome to the Fantasy World”. Bunyinya menarik tapi wah…! Tawakkal saja laMySpace.

Semasa merayau-rayau, jumpa Ustazah Siti Nurbahiyah dan suami. Nak cuba beratur nak ambil tandatangan sebab alang2 memang kat depat diorang saja. Tapi pikir2 semula, erm tak pernah pun aku buat kerja ni. Then, tak jadi. Penat-penat beli buku mahal. Keluar dan jumpa Kak Marina dan Kak Ratna. Cikgu PKPG yang ambil sains dgn Pendidikan sama2 kami. Diorang jumpa 3 buku harga RM5. So, apa lagi, kami pun NAK!MySpace Buku sekolah la.

Jam 5.30 petang saya, hani dan syuhada ke lobi menyaksikan Habiburrahman. Rupa2nya, Pak Habib ni tembam orangnya. Kata-katanya penuh dengan sense of humor. Erm saya terlupa ada kamera dalam beg. So, take a snap jap. See…


Sebelum balik beli buku tuk mami sempena hari ibu… untuk abah? Ermm bagi buku juga. Tapi macam tak sesuai ja. Untuk cik kecik2 ada sorang satu, yang murah ja. Mahal-mahal nanti laMySpace.

Masa drive balik ada teksi kerek. Tak bagi jalan konon macam jalan dia. Kata Syu, “memang teksi macam tu, jangan kak… jangan… bagi dia je jalan tu..”. Asal tengok perempuan muda je nak test power. Kurang asamMySpace. Saya tak surrender pun. Syuhada nak terjerit..hehe

Lastly, solat kat rumah hani. Kat Kampung baru. Subhanallah.. ada kampung yang aman di sini di sebalik hiruk pikuk kota raya. Ini snap shot yang saya ambil di depan rumah hani. Yang saya dengan Syu ni, wah cantiknya.. cantiknya.. haha. Hani buat dek saja sebab dah dari kecik lagi duk tengok batu konkrit tu kat situ.


Wallahua’alam. Walaupun segala kejadian nampak kebetulan, namun tiada satu saat pun yang Allah tidak terlalai dan tertidur. Segalanya milik Allah dan segalanya ketentuan Allah. Moga Allah lindungi kita dari kemurkaanNya.

Hati saya terusik semalam. Namun saya lawan. Hanya orang yang tahu, tahu jawapannya. Harap saya ia tidak berulang lagi. Syaitan sentiasa menunggu peluang untuk menusuk jarumnya. Jarum yang penuh duri. Yang penting jangan saya mulakan….MySpace

Saturday, April 18, 2009

tak perlu kalau ta bersungguh

Untuk entri kali ini saya tak ada apa yang hendak ditulis, agaknya saya sedang mengalami sindrom peperiksaan yang agak kritikal. Buat itu tak kena, buat ini tak kena, sampai satu tahap saya rasa saya rindu sangat mak ayah. Mereka merantau ke sana ke mari melawat cucu-cucu tersayang.Kat KL dan kat Pekan. Malah lebih terharu lagi mereka menawarkan diri untuk menghantar kereta untuk kegunaan saya semasa praktikal nanti. Hmmm, selalunya saya jarang berfikir secara kritikal dan rasional bila beremosi, itu mungkin penyebab saya tidak berjaya menghasilkan entri-entri sejak sebukan yang lalu.

Saya melawat Kak syafa melihat keadaannya yang sarat menunggu kelahiran bayi pertama awal bulan 7 nanti. Katanya menccari guru pengganti. Tapi sayang saya akan habis praktikal pertengahan bulan 7 nanti. Tak apalah. Bukan rezeki saya.

Tadi saya ke Akademi pengajian Islam untuk mendaftar ujian praktikal bacaan quran yang dah lama sangat tertangguh. Alhamdulillah sempat lagi memandangkan saya akan buat praktikal area yang dekat dengan UM. Selepas tu saya ke gerai jualan buku-buku dan kismis. Saya borak la sikit dengan pak cik tu. Dia bagi maklumat sekarang sudah buka pengajian hadis kat UM. Sijil pengajian hadis. Sama dengan apa yang dipelajari dalam Diploma pengajian Usuluddin. Subhanallah! Kemudian dia cadangkan saya ambil pengajian diploma ni dan jika digabungkan dengan Ijazah saya sekarang,bolehlah sambung pengajian Master dalam bidang agama dengan kelulusan yang saya ada. Alamak. mana satu saya nak pilih. Kena buat istikharah betul-betul ni. Nak buat master dalam bidang apa ye? semua kena pakai duit. Kalau masa saya sudah kerja boleh lah cari duit sendiri. Tapi mampukah? Keluarga baru + pekerjaan guru yang sarat + master in .....? Dulu saya pernah merancang nak ambil master in bioteknologi. Tapi tanya sahabat saya perlukah ambil bidang ni semata-mata nak buka ladang pertanian? Kata saya, saya suka! tetapi masih dalam pertimbangan.

Hidup sedang panjang. Banyak impian belum diperpanjangkan. Sekarang saya teringat cita-cita lama saya sejak daripada sekolah rendah lagi iaitu menulis. Perlukah saya menjadi amateur dalam bidang ini semata-mata kerana saya bernama 'ADIBAH'? Tak perlu kalau tak bersungguh. =p. Malah cita-cita lain pun sama, TAK PERLU KALAU TAK BERSUNGGUH! menyusahkan orang lain dan menyusahkan diri sendiri.

Sunday, April 12, 2009

Teaching Practical joyful!

Alhamdulillah masa yang dinanti telah pun tiba. Walaupun pada hakikatnya saya terlupa saya sudah di sisa-sisa terakhir pengajian di UM, namun bersisakan masa yang masih ada ni, saya akan memerah idea dan mengasah kelembutan lidah menjadi 'CIKGU DIB' yang hebat. Hebat bukan di mata siapa. Tapi hebat kerana keyakinan diri. Ini lah sekolah yang bakal saya jejaki pada tarikh 4 Mei ini. Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 16(1)... Selamat Datang CIKGU DIB. Moga anda menjadi guru yang ikhlas + sabar + ingin membawa perubahan (perubahan diri dan persekitaran) + pakar dalam matapelajaran yang akan anda ajar nanti. Ya! Mulai saat ini.

Pada semua kawan-kawan satu batch, Selamat Berpraktikal di sekolah masing-masing. Moga sukses dengan amalan dan qudwah yang terbaik buat anak bangsa nanti. Yang penting SPEAKING!. hehe

SMK Putrajaya 3 Presint 16(1) Presint 16

Jangan lupa doakan kejayaan saya supaya menjadi guru cemerlang dan yakin boleh! Presint 16 ni dekat dengan presint 1 jer. Satu lagi berhampiran dengan Taman pertanian. Jadi sesiapa yang berminat nak jalan-jalan kat sini nanti hubungi saya ya. Hehehe konon2 jer.



Be well prepared teacher! Respected teacher!

Friday, April 10, 2009

Tahniah !


Zahirnya manusia memandang nikmat itu reward dan yang menyakitkan itu punishment. Tapi ujian-Nya berseni, Kasih sayang-Nya abstrak,

Reward boleh jadi satu ujian yang belum tentu boleh dilepasi,

Punishment boleh jadi anugerah tidak ternilai harganya….

Hakikatnya reward dan punishment adalah kebaikan, Reward untuk disyukuri , Punishment agar kita memperbaiki diri.


Teruskan! Saya nampak anda sedang bersemangat! Teruskan melawan stress anda! Yang anda perlu cuma fokus. Fokus kepada nikmat dari Allah S.W.T.

Masalah saya cuma saya tak tahu masalah saya. Jangan risaulah cik syahidah. Allah membuka hati saya dengan teguran mereka-mereka yang ditugaskan oleh Allah sebagai pengetuk pintu hati kita. Tahniah sahabat-sahabat anda membuatkan saya menyesal dan sedar!

Thursday, April 9, 2009

I'm disqualified!


Cool aje tak siap assignment pun. Sempat g tengok Silat kat pesta Ko K lagi. Padahal dah nak kene hantar jam 12 tengahri. Assignment Psikologi Kognitif. Memang Psiko la aku ni. Atau
munafikkah aku?
Kerana amanah yang diberi tidak ditunaikan?

Graf diri saya sedang menurun. Siapa boleh bantu saya?

Sunday, April 5, 2009

IGAUAN DALAM TIDUR PELAMPIASAN PERASAAN TERPENDAM


Artikel ini saya dapatkan daripada blog seorang ibu yang mana saya ingin kongsikan mengenai Igauan dalam tidur. Hmm kenapa? Ada sebabnya.


Justru itu bisa jadi alat pemuasan dari perasaannya yang terpendam.
Menjumpai anak batita mengigau mungkin tak asing lagi. Kadang bukan hanya bicara sambil tidur, tapi juga tertawa cekikikan, bahkan sampai jeritan histeris. Yang jelas, menurut Sherly Saragih Turnip, Psi., anak mengigau dalam tidur bukan tak ada alasannya. Sebab, tidur sendiri sebenarnya suatu proses yang tak sesederhana seperti yang kita bayangkan selama ini. Seperti kita ketahui, tidur adalah saat di mana seseorang, entah orang dewasa ataupun anak kecil, istirahat.
Nah, dalam tidur sendiri ternyata ada tahapan-tahapannya.Untuk dapat tidur nyenyak, maka ia harus dapat memasuki tahapan ke-4.

Nah, jika ia mengigau, berarti ia belum masuk dalam tahapan tidur nyenyak, tapi masih di tahap 1 atau 2. Dalam tahapan ini simpul-simpul otak sedang sibuk menguraikan dan membereskan satu per satu simpul-simpul semua kejadian yang dialaminya selama seharian. "Jika semua simpul telah dibereskan atau diluruskan, berarti ia masuk tahapan ke-3 dan di sini ada kemungkinan ia akan bermimpi. Barulah pada tahap ke-4, anak benar-benar telah masuk tahapan tidur nyenyak, tanpa mimpi. Kalau kita bisa tidur dalam tahapan ke-4 ini atau sangat nyenyak, biasanya saat bangun kita akan merasa segar. Begitu juga pada anak batita, ia pasti akan ceria," papar psikolog dari Klinik Anakku Bekasi ini.

Menurut Freud, lanjutnya, bila simpul-simpul di otak tak bisa atau susah untuk dibereskan atau diluruskan, akan muncul saat tidur dalam bentuk igauan. Itu sebab, igauan anak dalam tidur merupakan ungkapan jujur dari diri anak.

TIAP ANAK BERBEDA


Seperti kita ketahui, mengigau sebenarnya bukan monopoli anak batita, orang dewasa pun sering mengalaminya. Namun demikian igauan anak batita dan orang dewasa tetaplah berbeda. Igauan orang dewasa tentunya sudah berupa rentetan kata-kata atau kalimat yang jelas dan mudah dimengerti. Sementara karena kemampuan bicara anak batita masih terbatas, maka igauannya pun bisa saja berupa kata-kata tak bermakna. "Yang namanya mengigau, kan, bukan berbicara saat tidur saja. Mengeluarkan suara tanpa makna sambil tidurnya gelisah dan bergerak-gerak pun sudah termasuk dalam kategori mengigau," terang alumni Fak. Psikologi UI ini.

Selain itu, igauan orang dewasa mengindikasikan suatu keinginan, baik yang sudah kesampaian ataupun belum. Sementara untuk batita, karena pengalaman hidupnya masih sedikit, maka kemampuannya juga belum sampai ke situ.
Alhasil, igauannya masih murni representasi pengalamannya hari itu.
"Walaupun untuk anak-anak juga ada perbedaan lagi. Di usia setahun, biasanya igauannya berupa hasil representasi hari itu yang bersifat fisik.
Jadi, karena dia kecapekan setelah aktif bermain. Nah, sewaktu tidur, karena kondisi fisiknya lemah dan kecapekan, maka simpul-simpul otaknya sulit untuk dibereskan. Akibatnya, simpul-simpul pengalaman hari itu keluar dalam bentuk igauan."

Agaknya inilah yang selalu saya alami. Malah selalu melihat mak saya selalu mengigau.Kecapekan yang membuatkan saya tak mahu tidur. Menakutkan diri sendiri apabila terketar-ketar sehingga memeluk diri sendiri supaya bertenang. Mungkin juga kerana saya gagal menetapkan minda bahawa tidur adalah untuk istirehat.


Sedangkan pada usia 2-3 tahun, penyebab igauannya bukan karena kelelahan semata, melainkan juga bisa dikarenakan pengalaman yang lebih berkesan. Di usia ini kemampuan kognitifnya telah lebih berkembang, hingga bila siangnya habis dimarahiorang tua atau dipukul kakaknya, atau ada kebutuhan yang tak terpenuhi, maka pengalaman ini akan terekspresikan lewat igauannya.

Nah, karena kejadian-kejadian yang dialami anak berbeda-beda, maka igauan anak pun tak bisa seragam. Itulah mengapa, tak hanya berupa bicara yang kita temui sebagai igauan anak, kadang bisa berupa tertawa-tawa atau menangis sedih dan berteriak.

"Mungkin saja siangnya anak tak menangis karena ditahan gara-gara malu atau takut. Nah, dalam igauan, yang keluar adalah kesedihan yang dipendamnya.
Ingat, kan, kalau igauan selalu berupa ekspresi yang jujur dari diri anak?"
Bahkan bisa jadi apa yang keluar dalam igauan pun bisa sangat sedih. "Karena dalam tidur, ia bisa melepaskan semua yang ditahannya.

Namun demikian, hal ini sebenarnya ada sisi positifnya. Dengan mengungkapnya dalam igauan, berarti ada proses pemuasan terhadap kejadian yang tak mengenakkan baginya. "Ia bisa melepaskan apa yang menjadi beban atau ganjalan dalam dirinya. Hingga ia pun bisa merasa plong karena simpul-simpul di otaknya sudah bisa dibereskan. Ia pun bisa bangun dengan lebih fresh."

Sebaliknya, bila dalam pemberesan simpul-simpul di otaknya itu tak terpuaskan, misal, tak menangis walau ia sedih, justru bisa menimbulkan trauma pada dirinya. "Sebab, kesedihan yang ditahan-tahannya akan jadi beban dalam dirinya. Dengan demikian, ia perlu terapi lagi untuk mengatasi traumanya."

TAK BOLEH TERUS-MENERUS


Walaupun igauan wajar adanya, tapi jangan dibiarkan begitu saja kalau terjadi terus-menerus. "Jika tiap hari ia mengigau, maka orang tua harus segera mengevaluasi aktivitas sehari-hari si anak. Adakah kebutuhan anak yang tak terpenuhi atau adakah kejadian tertentu yang membuat trauma anak.
Hal lain, bagaimana kondisi fisik si anak itu sendiri, apakah dalam kondisi fit ataukah memang dia anak yang termasuk cepat lelah?"


Kalau setelah kita cari solusinya tapi anak tetap saja terus-menerus mengigau, saran Sherly, ada baiknya anak dibawa ke dokter ahli saraf atau psikolog. Siapa tahu anak mengalami gangguan biologis atau masalah psikis.
Sebab, kalau tak dicari solusinya, mungkin saja akan timbul implikasi-implikasi psikologis nantinya. Misal, anak jadi penakut, tak berani mengungkapkan pendapat, takbisa mengekspresikan diri, malah ia pun
bisa tumbuh jadi anak yang selalu dihantui ketakutan, tapi tak jelas apa yang ditakutkannya.

Selain itu,dengan ada igauan, berarti tidurnya kurang nyenyak dan itu sama dengan anak kurang mendapat istirahat. "Nah, bagaimana anak bisa tumbuh optimal dan keesokan paginya akan bersikap ceria kalau tidurnya tak nyenyak?
Bukankah tidur merupakan proses menyiapkan diri untuk menghadapi hari baru?"
Kalau anak kurang istirahat, biasanya anak pun jadi sensitif, cepat marah, dan tak bergairah karena mengantuk. Oleh karena itu, terang Sherly, sebaiknya usahakan anak agar jangan mengigau terlalu sering.

Betul soalannya, bagi saya apabila tidur malam saya terganggu, esoknya pagi-pagi lagi ‘mood’ saya hilang. Tak suka bila tengok muka sendiri kat cermin. Dah lah memang tak comel. Masam pulak.


BANGUNKAN ANAK

Selain itu, kalau kita melihat tangisan dalam igauan anak terkesan sedih sekali, bahkan sampai terisak-isak, atau jika marah hingga berteriak histeris, jangan dibiarkan begitu saja. Segera bangunkan si anak. "Tenangkan
si anak dengan cara dipeluk, hingga memberikan rasa aman dan tak membuatnya ketakutan lagi."

Betul-betul, kalau nampak saja sesiapa tidur dalam keadaan mengigau, pegang tangan dia dan tenangkan dia. Kadang-kadang bila takut bila tengok orang mengigau, walhal kita patut bantu dia supaya bertenang.


Namun, anak jangan dulu buru-buru ditanyai atau diinterogasi mengenai penyebab igauannya.Sebab, kata Sherly, anak bisa kebingungan dan tambah takut. "Anak yang bangun dari tidurnya gara-gara menjerit atau kecapekan setelah menangis, tentunya akan tambah takut kalau kita berondong pertanyaan. Sebab, seringkali anak tak ingat akan apa yang diigaukannya."
-------------------------------
Mengigau adalah diluar kawalan minda.
------------------------------

Itulah sebabnya pula, tak guna juga kita bertanya saat ia sedang mengigau dalam tidurnya. "Ia tak bakalan dengar dan tak memahami ada pertanyaan. Jadi, kalaupun ada yang bisa nyambung melakukan tanya jawab dengan orang yang sedang mengigau, itu hanya faktor kebetulan belaka."

Jika ingin mencari tahu latar belakang igauannya,terang Sherly, ada baiknya dilakukan esok hari tapi dengan tenang dan jangan mendesak. Ingat, igauan itu ada yang bisa diingat anak, ada pula yang tak bisa diingatnya.
Oleh :Gazali Solahuddin.

sumber: http://ani-ok.blogspot.com/2006/10/igauan-dalam-tidur-pelampiasan.html

Thursday, April 2, 2009

BOM kena DTC?



Kenapa wujud spekulasi BOM di DTC? Lansung tak terlintas di fikiran sihat. Apa punca-punca dan kesan spekulasi seperti ini perlu diwujudkan? Sehingga ke peringkat polis datang dan minta semua peserta dan penonton keluar daripada DTC. Ini telahan saya sendiri:

Satu: Mungkin dapat menyuraikan majlis seni yang melaghakan. Kalau betul ada BOM? Ish bahaya benar. Minta dijauhkan mendapat kecelakaan di kala begitu… Sama-sama lah kita doa minta dijauhkan.

Dua: Mungkin selepas ini akan ada lah andaian-andaian percuma siapa master plan yang menjadi bayang di sebalik kejadian ini. Publisiti murahan. Mentang-mentang nak pilihan raya ni.

Tiga: Alhamdulillah spekulasi begini tidakpernah wujud ketika majlis-majlis ilmu dan ceramah agama diadakan. Kalau ada sekali pun, sesiapa yang hadir meninggal di tempat yang baik InsyaAllah… sedang mendengar peringatan bersumberkan ilmu akhirat.

Empat: Sudah tibakah tabiat kebaratan yang melampau? APRIL FOOL yang mengundang kemudaratan? Ingat ini kes main2 ke? Boleh jadi kes sehebat BOM ALTANTUYA ni.

Yang paling saya tidak berpuas hatinya. Ketika saya dan sahabat-sahabat mengangkut makanan dari kolej 12 ke fakulti bahasa semalam, penonton-penonton sedang berjemaah beramai-ramai berjalan ke DTC tu.Sukarela saja kalau bab ni. Kalau nak ke majlis ilmu tak pulak macam ni. Bas disediakan pun tak ada pulak nak naik. Kalau bas tak datang kutip, lagi la panas. Terus balik ke bilik semula tukar baju dan ‘Fed up’.

Sedih…sedih… Islam semakin gharib.. hatta kalau pakai tudung labuh saja ingat ambil pengajian Islam. Iyelah, memang ambil… “Full time Muslim”.

Moga-moga kita rajin mendoakan mereka yang masih mencari-cari jalan pulang ke pangkal jalan. Mengamalkan amalan-amalan menyintai Allah dan menjauhi hidup yang melaghakan. Sirathol Mustaqim… InsyaAllah.