Dari mana nak saya mulakan kata. Hari-hari yang lalu saya menyepikan diri yang sememangnya terasa terkadang sepi tanpa kawan dan sahabat malah keluarga yang dahulunya memenuhi ruang mata. Menyibukkan diri dengan ‘test’ dan urusan-urusan ‘posting’.
Amma ba’du,
17 Februari 2009. Ayah angkat kami (saya dan aini) meninggal dunia. Kadir bin Tayyib. Kampung Bukit Pulai Chondong. Mendapat panggilan dari Kak Su Yah selepas maghrib pada hari yang sama pada awalnya melonjakkan kegirangan rupanya mendapat berita sedih. Innalillahiwainnailaihi Rajiun….
Hari khamis lepas, saya membuat ‘presentation’ kajian perpustakaan saya dalam kelas tutorial. Tanpa ada perancangan yang rapi. ‘Slide’ yang hanya siap 2 jam sebelum ‘presentation’ dan tanpa membuat sebarang ‘rehearsal’. Walaupun nampak luaran mantap, namun dalam hati, kesalan seribu kekusaman saya rasakan. Kenapa? Kerana saya tidak faham sefahamnya apa yang saya bentangkan. Saya katakan…Kalau Allah nak kita mati sekarang. Matilah kita sekarang. Tak ada lagi kata kita nak bersedia dahulu baru boleh mati. Hikmahnya dapat saya cungkil dari kejadian ini.
Hari ini, saya mendapat panggilan dari abah seperti biasa. Panggilan rindu hampir setiap malam. Alhamdulillah dikurniakan ibu bapa yang penyayang. Sejak dari kecil sehingga sekarang. Pada mulanya berborak seperti biasa. Abah yang banyak memberi sokongan dalam arena yang saya ceburi. Tak kiralah belajar ataupun jual beli. Kemudian saya terkedu. Abah ceritakan siang tadi, sahabat dia kat Kok Lanas meninggal dunia. Pak Lah. Seketika saya cuba menyelami apa yang abah fikirkan. Ya, abah sedih. Sedih dalam hati yang tak mungkin dia luahkan pada anaknya. Hati seorang ayah yang kental, itulah rahsia cemerlang untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang. Takkan pernah goyang di hadapan anak-anak. Takkan!
“Ya Allah, Engkau kasihilah kedua-dua ibu bapa aku seperti mana mereka mengasihi aku ketika kecil.”
Abah bacakan doa itu.
Sedaya saya menahan rasa sedih yang tiba-tiba muncul untuk tidak menunjukkan kesedihan di telefon. Bertanyakan adakah abah dan mami masih ke kebun setiap pagi. Ya, abah menjawab dan abah meminta saya terus berdoa pada Allah agar abah dan mami masih kuat ke kebun. Kuat dalam apa jua yang mereka lakukan.
Abah kata lagi, semoga panjang umur dapat kita jumpa lagi. Saya mohon maaf ada salah silap…abah juga minta maaf. Kataku abah tak ada salah apa-apa dengan saya.. Assalamualaikum..Waalaikumussalam..
Pernah dulu abah ingatkan supaya bacalah doa sentiasa tidak kira ketika ‘sihat’ mahupun ketika ‘uzur’.
Pernah dulu abah tarik balik istilah anak solehah daripada saya. Walaupun dalam nada bergurau… tapi saya tahu itu sinis. Ingat sahabat-sahabat bayangkan kalau kita dan saya terutamanya bukan lagi anak solehah di mata ibu dan ayah, maksudnya mereka sudah berputus asa mengharapkan kita untuk mendoakan mereka.. Renung-renungkanlah.
Saya menulis sekadar berkongsi, saya bukan orang yang bagus. Saya cuma menyebarkan. Kalau saya merujuk al-Quran dan hadis, maksudnya itulah yang sepatutnya. Kalau saya merujuk pada pengalaman, maksudnya itulah petua. Moga usaha yang kecil ini Allah tuliskan sebagai kebajikan di akhirat kelak. Doakan saya dan kita menjadi anak soleh dan solehah..
Sedikit link tentang ibu bapa dan anak:
http://hafizfirdaus.com/ebook/Ayah_Ibu/ibubapa%20sunnah%2010.htm
http://www.mail-archive.com/saljukasihnya@yahoogroups.com/msg00057.html
2 comments:
triye kak dib, anak2 yang akan menjadi harta(pahala) bagi ibu bapa di akhirat sana... samada hartanya itu menjadi manfaat untuk dirinya atau tidak semuanya bergantung bagaimana cara ibu bapa mendidik anak2 ketika mereka masih hidup.. itu yang penting..
bayangkan jika ibu bapa langsung tidak mengajar agama pada anak2 mereka, kan rugi namanya..
minta dijauhi andai sempat diberi peluang oleh ALLAH menjadi ibu bapa...
ya syahid, ibu bapa memang sudah melaksanakan yang terbaik kepada kita. Yang bermain di benak fikiran ana sekarang ialah adakah benar2 ana berguna untuk kedua ibu bapa ana.
Kalau sekali mereka terasa dengan kita walau tanpa pengetahuan kita, itu sudah cukup melambangkan kita sebagai derhaka. Na'uzubillahimin zalik...
Segalanya terletak dibahu kita adakah benar kita anak yang soleh?
Post a Comment