Saturday, January 31, 2009

GAZA- G. A. Z. A. (T_T)

Sumbangan kini cecah RM244,916.93 dan orang ramai dirayu untuk terus salurkan dana ke Tabung Kemanusiaan Harakah di akaun BIMB: 14069010021298

Sumbangan ini akan disampaikan kepada dua pemimpin Hamas yang akan bertemu PAS dan Harakah 12 Feb ini.

Kalau dulu di zaman Nabi Muhammad s.a.w, orang islam berperang untuk Islam. Kini di zaman ini, kita tetap berperang untuk Islam kerana kita tahu Islam milik kita bersama. Zaman sudah berubah.. sikap manusia pun telah berubah.. namun Islam tidak pernah akan berubah.
Allah Swt. telah menjelaskan beberapa tujuan dari jihad di dalam al-Quran:


Pertama, meninggikan kalimat Allah dan melenyapkan segala macam fitnah
(kekufuran). Allah Swt. berfirman:


Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah (kekufuran) dan adalah
agama bagi Allah semata-mata. (QS al-Baqarah [2]: 193).


Kedua, menghilangkan kezaliman yang menimpa umat Islam. Allah Swt.
Berfirman:


Diizinkan bagi orang-orang yang diperangi (untuk berperang) karena mereka
dizalimi. Sesungguhnya Allah Mahakuasa untuk menolong mereka. (QS al Hajj
[22]: 39).


Ketiga, menggentarkan musuh Allah dan siap saja yang berada di belakang
musuh hingga mereka tunduk kepada Islam. Allah Swt. berfirman:


Siapkanlah untuk menghadapi mereka, kekuatan apa saja yang kalian sanggupi,
dan dari kuda-kuda yang ditambatkan (untuk persiapan perang), yang dengan
itu kalian menggentarkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kalian. (QS
al-Anfal [8]: 60).



Rujukan: Artikel : Anatara Jihad, Futuhat dan Penjajahan

Friday, January 30, 2009

Anak- anak saudara

Anak saudara dah semakin besar sekarang. MAcam-macam ragam mereka. Menguji kesabaran saya dan mengingatkan kembali saya ke zaman kecil saya dahulu. Patutlah mami saya agak garang dahulu. Baru saya faham. Awaitlah lambar sangat fahamnya?
Tahun 2009 tahun lembu dan merupakan ulang tahun kelahiran saya 1985- OX.


Nur Safiyya Mohd Safwan –
Kakak ni suka bersifat autoriti. Sejak dari adiknya lahir kerap merajuk dan merenget kalau tak memenuhi permintaanya. Kalau pakai baju pun cerewet, tak nak baju lengan pendek katanya baju ni kecil la. Kalau pakai baju tak cantik pun menangis. Pening saya dengan perangai si kakak ni. Boleh sampai tahap naik angin. Tapi ummi kakak selalu sabar. Kata Pn Fonny (Pensyarah Psikologi Kognitif)- Kanak-kanak hiperaktif adalah kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian.


Nurain Syafika Mohd Safwan – Orangnya kecil saja. Suka bercakap sorang. Macam kakaknya semasa umurnya 1 hingga 2 tahun. Petah berkata-kata. Geli hati bila dia bercakap. Kadang-kadang bila dia malas jawab, dia cakap tak tahu!


Mohd Rizq Syahmi Mohd Rostam- 25 April 2007
Kalau si Syahmi ni, setiap kali final exam sem 2 saya la selalu mak dia buat ‘celebration’ kesyukuran. Tak dapatla saya hadir.
Semasa saya kecil dulu, saya mula ingat siapa saya ialah ketika umur lima tahun. Sehinggakan saya kata siapa saya sebelum itu? Saya ni anak angkat kah? Haha. Saya masa kecil ialah kanak-kanak yang suka memberontak. Malah pernah nak lari dari rumah dan ingin mencederakan diri. Kanak-kanak kekurangan zat kot. Yelah cemburu dengan adik bongsu si syauqi tu. Cemburu bukan sebab apa, sebab dia comel sangat masa tu. Sekarang? Ok (^_^)

“Adalah lebih baik kamu meninggalkan anak-anak kamu dalam keadaan kaya daripada kamu tinggalkan mereka hidup meminta-minta…” (Al-Hadis)

“Bilamana anak Adam meninggal dunia, terputuslah segala pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya”

(Bukhari & Nasai’)

“Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah untuk waris lelaki yang lebih utama”

(Hadis Riwayat Muslim)

Wednesday, January 21, 2009

Pengalaman 19 Januari

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Baru berkesempatan menghadap laptop untuk membuat ulasan serta memnceritakan pengalaman-pengalaman menyertai secara lansung dalam pilihan raya kampus atau sekarang sudah memakai perkataan pemilihan perwakilan pelajar (PPP). Moga-moga pengalaman ini dapat saya kongsikan bersama adik-adik saya dan anak-anak saya pada masa akan datang. Sungguh terkesan dan sangat!

Inilah kali pertama saya menyertai secara lansung dalam PPP (Pemilihan Perwakilan Pelajar) sebagai Wakil Calon Tempat Pengundian Calon Umum Nurul Fitrah. Penempatan undi yang saya perhatikan adalah di Kolej Sebelas bermula dari 9.30 pagi sehinggalah 5.00 petang iaitu sehingga pembawaan undi ke DTC.

Sepanjang proses membuang undi berlaku pelbagai pengalaman baru saya dapat malah boleh kata saya amat baru dalam hal ini sedangkan saya sudah pada tahun 4 dan di semester terakhir. Sebenarnya impian saya untuk berada di tempat ini adalah sejak saya pada tahun 1 lagi. Tetapi oleh sebab saya perlu menjalankan tugas yang lebih penting di Kolej Kediaman Keempat saban tahun membuatkan saya menyimpan hasrat ini jauh di sudut hati saya. Namun apabila malam sebelum penamaan calon 14 Januari lalu, Nur Syuhadah Dzarawi mencari seramai mungkin wakil calon, saya bertanya, “Oh betul ke?”. Alhamdulillah impian saya sudah tercapai walaupun saya tidak pernah menyampaikan hasrat itu pada sesiapa pun. Alhamdulillah!

Dalam proses membawa peti-peti undi ke DTC, Ukhti Farahuda dan seorang wakil calon bebas dari fakulti undang-undang berusaha keras memastikan peti-peti tersebut tidak ada kebocoran dan dimasukki ‘tangan hitam’. Kemudian van yang membawa peti undi juga di’eskot’ oleh Wan Azman dengan motor beliau.

Sampai sahaja kami ke DTC, kami solat asar terlebih dahulu sebelum dipanggil masuk ke dalam DTC untuk mendengar taklimat dan seterusnya pengiraan undi bagi fakulti kebudayaan dan dan fakulti bahasa & lingguistik. Jam 7.30 malam membawa kami rehat seketika dan solat maghrib terlebih dahulu. Oleh sebab pengiraan adalah undi fakulti terlebih dahulu, saya dan beberapa wakil calon lain Ismah, Marhamah dan adikku Syahidah ( Pengurus Makanan kami- wakil calon kempen yang sudah tidak perlu bertugas pada hari mengundi) mengambil keputusan untuk menunggu Isyak terlebih dahulu kerana selepas pengiraan undi akan teramatlah penat.

Masuk sahaja ke DTC, pengiraan undi untuk calon umum pun bermula dalam kira-kira jam 10 mlm ketika itu. Saya mengambil keputusan untuk berada di tempat di pengiraan Kolej Kediaman Ke-3 yang saya tahu sebagai kubu kuat Pro Aspirasi. Pembacaan undi mengambil masa yang sangat lama dan melelahkan. Saya ‘collapse’ di pertengahan jalan. Penat! Alhamdulillah Cik Noni dapat bertahan dari kiraan bacaan awal hingga yang terakhir. Jumlah yang tepat!

Semasa sedang menunggu keputusan sebetulnya diumumkan. Berjam-jam kami menunggu. Malah sempat Jabir dan Syahirah berjaya mengumpul semua kiraan undi dari seluruh tempat mengundi termasuk DTC. Dalam jam hampir 2 pagi, kiraan semula fakulti kebudayaan dan Sastera Sains sosial dibuat semula. Berlaku kekecewaan di peringkat calon Pro Mahasiswa iaitu saudara Alwi kerana HEP membenarkan pengiraan semula dilakukan walaupun sudah tertera undian terhadapnya melebihi 7 kiraan. Apabila dikira semula, bilangan undi untuknya berkurang 2 hingga 4 undian. Lama juga perbincangan dibuat untuk saudara Alwi memastikan tiada pecah amanah di situ. Beliau memohon agak kiraan semula undi di seluruh tempat pengundian. Semua kerani statistik marah-marah kerana penat. Dan akhirnya dia terpaksa pasrah. Sah! Kiraannya berubah kekurangan. Kami turut kecewa kerana kami tahu apa yang telah beliau telah korbankan. Kasihan Alwi.

Penungguan terus berlaku. Asyimah berjaya medapat keputusan penuh! Daripada jumlah yang dikira. Jangkaan bilangan undian sudah diperolehi. Dalam hati kami….Alhamdulillah! Namun, kami tetap berdebar-debar kerana berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku kerana keputusan berada di tangan HEP sekarang. Malah bagi saya sendiri tidak lansung menjangkakan apa-apa kerana sudah empat tahun saya berada di UM mengalami segala sakit cela pihak musuh. Bukan mudah… bukan mudah…

Di luar sana penyokong GERAK dan penyokong PRO MAHASISWA sedang berbalas kata-kata. Manawar Sakti! Yes we can! Dari dalam sini, bunyi yang agak menggegarkan bumi Malaya ketika itu amat menggoncangkan hati kami. Merasakan dunia pada ketika itu berada di suatu tempat yang asing. Bagaikan dalam filem STAR WARS. Ya lah ketika semua ‘soldier’ menghentakkan kami ke bumi. Menggegarkan dan bergema. Subhanallah! Malah kami lihat berbagai-bagai gelagat yang menyakitkan dan menyilaukan mata kami dari pihak GERAK. Entah, mungkin kami meluat. Tidak mengapa. Sabar.

Kira-kira jam 3.30 pagi keputusan diumumkan. Bermula dari keputusan kiraan Fakulti Kebudayaan, dan seterusnya..

Calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang.

6 lagi fakulti diperolehi tempat oleh Penggerak Mahasiswa. Pusat sukan, Alam bina, Sastera Sains Sosial, Kejuruteraan, Ekonomi & Pertadbiran dan Sains Teknologi Maklumat.

Kemenangan 19 kerusi Pro Mahasiswa dan 2 kerusi calon Bebas ini mendapat tepukan-tepukan kecil kami. Dan akhirnya keputusan yang dinanti-natikan pun bermula. Bermula dengan Syazwan, Yah Hui, Yu Jie, Hafiz Ilyas, Ridzuan Mohamad, Fitrah, Sasikumar, Ayuni dan akhir sekali Zhen Jun. Tepukan gemuruh bergema malah hebat!.

Saat undian tertinggi diumumkan bermula, saya menekup muka sudah tak tertahan lagi. Imbasan segala usaha sahabat-sahabat dan kakak-kakak senior-senior mula menerjah ke ingatan. Segala perit jerih melawan ketidak telusan dan berat sebelah pihak musuh yang menguasai kuasa. Zup…! Zup..! masuk ke ingatan saya. Bukan mudah… bukan mudah… teringat pada Kak Aimi, Kak Noni, Kak Pipah dan pada Nasaruddin. Tidak lupa juga adik-adik yang meneruskan perjuangan di kolej. Ya! Semua berusaha. Sama ada secara sembunyi-sembunyi malah bersemuka. Segala-galanya…

Saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan semua. KAMI BUKAN INGINKAN KUASA POLITIK. TAPI KAMI INGINKAN HIDUPNYA ISLAM TANPA DICAMPUR ADUKKAN DENGAN PERKARA-PERKARA HARAM. ITU YANG LEBIH UTAMA DALAM PERJUANGAN KAMI. Kami ingin anda faham. Faham dan bukan menjeling dan bertanya kenapa kami bersusah payah melawan musuh.

Suasana keharuan di DTC pada pagi 20 Januari lalu tidak akan kami lupakan sehingga bila-bila. Malah ia menjadi sejarah dalam hidup kami. Berharganya sebuah kejayaan itu adalah sangat bermakna buat orang-orang berusaha keras dan tidak mengenal erti putus asa. PANTANG MENYERAH KALAH! Kami CINTAkan perjuangan ini kerana kami FAHAM dan di sini kami mengajak anda semua agar fahami apa itu perjuangan agar anda juga cinta. Ya! Cintakan Kemerdekaan. ( Moga saya dapat merasakan keperitan sahabat-sahabat kita di Palestin sana- InsyaAllah)

Sama-sama kami sujud di perkarangan DTC pagi itu. Menyungkurkan dahi ke wajah Illahi mengucapkan syukur atas KEMENANGAN ISLAM!. KEMENANGAN KEMURNIAN! Walaupun kami tahu masih ada banyak kelemahan dan perjuangan kami, kami pohon petunjuk dari Yang Maha Esa agar kami menjadi lebih baik daripada sebelumnya. YA ALLAH! SEMOGA KEMENANGAN PRO MAHASISWA DI BUMI MALAYA INI AKAN MEMPERBAIKI KEIMANAN KAMI MALAH MENAMBAHKAN LAGI KETAQWAAN KAMI TERHADAPMU YA ALLAH!. SEMOGA KESUDAHAN KAMI ADALAH SEBAIK-BAIK KESUDAHAN. KAMI DAMBAKAN SYURGAMU YA ALLAH!.

* Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.

Tuesday, January 20, 2009

Segala-galanya sudah bermula.... Hidup Mahasiswa!!!

Kelas hari ni pack walaupun kelas tadi dah terponteng sebab tidur dengan tersenyum. Ya, saya bangun dalam keadaan segar sebab .....

"Patut la saya rasa pelik sangat kenapa setiap hari ada sahaja usaha pelik pihak musuh...rupa-rupanya sebab Allah nak beri kemenangan kepada Pro Mahasiswa."
Inilah kata-kata Annur yang membuatkan saya berkata YA benar! Kita menang bukan kerana usaha kita tetapi kerana usaha musuh yang berusaha menjatuhkan Pro Mahasiswa...

Tahniah adik-adikku kerana anda telah mendapat mandat yang merupakan ujian yang berat untuk anda diuji lagi.....

Akan disambung lagiii... dah lewat ke kelas..

Sunday, January 18, 2009

Pro Mahasiswa menuju ke usaha terakhir...

Munajat merintih kemenangan Pro Mahasiswa di depan DTC Universiti Malaya pada 4 pagi (malam 18 januari pagi 19 januari). Malam ini kami mengajak seluruh mahasiswa-mahasiwi universiti terulung ini untuk sama-sama turun ke padang demi kita memohon kepada Allah S.W.T kemenangan yang belum pasti kepada Pro M. Jangan lupa ajak sekali rakan sebilik atau serumah.

Kenapa kami kata kami masih tidak memberi kepastian bahawa kemenangan adalah untuk kami pada sesi ini kerana:

1. Penggerak Mahasiswa kali ini meng’copy paste’ Pro Mahasiswa dan menyebabkan kekeliruan kepada seluruh ‘Freshy’ tahun pertama.

2. Provokasi terhadap Pro Mahasiswa pada tahun ini sangat hangit oleh pihak Penggerak Mahasiswa. Antaranya ialah dakwaan fitnah bahawa kami membuat tuduhan palsu ke atas penggunaan wang 10 ribu untuk melatih jentera Penggerak, rasuah TNC dan juga kaitan Pro Mahasiswa dengan parti politik luar.

3. Sekatan kepada kami untuk bebas berpidato di kolej-kolej kediaman. Malah kerenah-kerenah penyelia yang amat mengjengkelkan terhadap kami seolah-olah kami ini hanya layak disamakan dengan pendatang asing pekerja buruh. (Analogi)

4. Gelombang Pedulisma dari kalangan mahasiswa-mahasiwi yang tidak memberangsangkan terhadap kempen-kempen seolah-seolah pemilihan pelajar ini bukan isu bersama, tetapi hanya isu kami. Ya, kami yang mereka maksudkan ialah yang ekstrem.

5. dan lain-lain.


Kenapa kami kata kali ini kemenangan untuk kami sedang menuju ke arah realiti adalah kerana:


1. Provokasi yang dibuat pihak Penggerak adalah memualkan dan mereka tidak sedar bahawa mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya sedang memerhatikan mereka dan menganalisa mereka. Kenapa perlu buat begitu dan begini?

2. Kawan-kawan seangkatan yang mengenali sahsiah dan peribadi serta kreadibiliti calon-calon Pro Mahasiswa mengenali bahawa siapa yang mereka ingin pilih. Tidak syak lagi, calon-calon yang Pro Mahasiswa bawa pada kali ini sangat berkaliber! Malah menyebabkan ex-YDP Nilam Puri itu menyertai Penggerak Mahasiswa untuk turut mencari post. Tak mengapa. Biarkan dia.

3. Sekatan-sekatan yang ditekan terhadap Pro Mahasiswa tidak pernah menghalang kami daripada meneruskan kuliah pengajian di Universiti Malaya. Malah ia merupakan latihan survival modal insan. YA, BERBEZANYA KULIAH DAN KOLEJ KAN??. ADA APA DENGAN KOLEJ TU??? TEMPAT MENGHASUT SEMASA PILIHAN RAYA SAHAJA? SAYANGNYA.



Saya telah tinggal di kolej kediaman sejak daripada tahun pertama sehingga tahun keempat. Walaupun saya terbuang kerana dibuang dari kolej dahulu semasa awal tahun empat, tidak mengapa, saya merasa puas kerana telah membantu junior-junior saya mengenali hidup di universiti ini.

Bagi saya, terbuang dari medan tidak mengapa. Tetapi jangan saya lari dari medan hanya kerana mendambakan ‘Keluar secara terhormat’ tanpa sebab yang munasabah kerana dakwah di kolej juga tidak kurang sangat hebatnya.

Dalam menyampaikan dakwah kepada warga kolej, kalau bukan kita yang berjaya mengislahkan mereka, kita pula yang akan terhanyut mengikut mereka.

Akhir kata, Melihat, Mendengar, Mentafsir dan Menganalisis! Selamat beramal….(^_^)

screen shot of the best picasa

Shah Alam, 3 Jan - Kongres Pro Mahasiswa Nasional petang tadi telah berjaya menghimpunkan lebih 200 aktivis-aktivis mahasiswa dari pelbagai kampus.

Kongres tersebut yang diadakan di kawasan perindustrian Glenmarie, Shah Alam telah menjadi medan aktivis mahasiswa berjumpa dan berkongsi idea serta menyatakan pandangan dalam memperjuangkan suara mahasiswa di peringkat kampus dan nasional.

akan di update... (tidak dapat mengupload 'picasa-picasa'nya kerana kelajuan internet tidak memuaskan)

Layarilah http://mahasiswakini.com/ & http://prommahasiswaum.blogspot.com untuk melihat 'the best shot'

Sorotan Pemilihan Pelajar

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ

Dan tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepadaku (adz-Dzariyat:56)

Nak undi siapa?

Oleh http://www.matjang.blogspot.com/

sbg mahasiswa kte tidak harus dipaksa calon mane yg patut kite undi..
mahasiswa juga punya mata, dan telinga utk menilai stp calon..
pilihan yang terbaik menjamin kematangan mahasiswa berpolitik sebelum menempuh dunia luar...

byk perkara yg masih boleh diperbaiki dlm pilihanraya kampus..
antaranya:

1. kolej patut membuka pintu pagar kolej mrk agar stp calon dari aspirasi/promahasiswa boleh berkempen scr sihat dan adil...
2. kurangkan ketegangan semasa pilihanraya cnthnya demonstrasi....
3. jgn sabotaj calon lain...
4. jgn mengugut pengundi...
5. calon yang bertanding boleh berpidato...
6. adakan rapat umum utk smua calon umum...dan rapat umum utk calon fakulti di setiap fakulti...

Wednesday, January 14, 2009

Ratu-ratu Syahadah kesayanganku..

Panas… Panas… Panas benar topik baru pilihan raya kampus. Ini baru di dalam kampus. Belum pilihan raya kecik di Kuala Terengganu 17 Januari nanti. Macam-macam yang berlaku setakat ini di Universiti Malaya. Asam garam permainan politik lah katakan.

Bukan seronok yang saya ingin ditekankan di sini, tetapi gelombang PEDULISMA yang ingin saya tekankan di sini.

Bagi saya, saya cuba menghayati sepenuh hati apa yang dialami oleh dunia Universiti Malaya pada hari ini. Inilah dunia ‘universe’ saya yang saya sayang. Tidak akan ada lagi dunia ‘universe’ ini apabila keluar ke realiti pekerjaan. Malah kemanisan berada di panas terik memberikan sokongan kepada kumpulan Pro Mahasiswa pagi ini sangat akan saya rindui selepas ini.

Bermacam-macam peristiwa yang berlakupagi tadi. Antaranya konflik hampir timbul apabila pihak Pro M cuba menyuarakan kebenaran mengenai ‘wang sagu hati’ yang diberikan bersama surat tawaran untuk menjadi calon kepada Penggerak Mahasiswa. ‘Best’kan tawarannya. Bolehlah guna buat beli baju ‘trendy’sepasang. Dah la setiap orang ahli penggerak mahasiswa dah dapat baju t-shirt yang kelam itu. Malah ada yang dapat jaket yang selesa dipakai itu. Macam-macam lagilah kes yang menarik, contohnya kereta sahabat-sahabat saya yang disimbah cat oren di kediamannya. Kononya penggerak mahasiswa ni nak tolong ‘trademark’ kan kereta kami. Kelakar kan?

Perkara yang paling buat saya tersenyum ialah 3 orang adik saya daripada Kolej Kediaman Keempat UM telah berjaya menjadi calon Pro Mahasiswa setelah proses penamaan calon berjaya tadi di KPS.

Tidak kurang juga telah banyak usaha-usaha memburukkan nama-nama mereka di kolej kami. Mungkin kerana pihak lawan risau warga kolej akan memberikan sokongan terhadap adik-adikku yang tersayang ini. Walhal nama mereka telah berjaya mereka naikkan atas usaha mereka sendiri dengan jasa-jasa mereka di kolej kesayangan kami. Ya, kami sayang nostalgia kolej kami. Penggerak Mahasiswa, anda tidak ada hak ke atas kami!

Kepada adik-adikku, Kak Dib sangat bangga dengan kalian, terima kasih atas motivasi yang telah kalian berikan kepada akak dari dulu dan sepanjang menghadapi ujian-ujian ini! Tahniah!!! Moga Allah membalas jasa kalian.

Di sini Kak Dib tujukan nasyid khas buat adik-adik akan yang ada di kolej. Malah di kolej-kolej lain juga. Jangan putus asa, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kalian. Setiap saat, usahalah kita bersama mengislahkan niat utama kita dalam memperjuangkan kemenangan Pro Mahasiswa kita. Moga Allah sentiasa bersama kita. InsyaAllah!


Ratu Syahadah

Engkaulah permaisuri
Di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahiii oooo

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata

Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisi mu singgahsana
Sejarah asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa

Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa oleh suamimu yang dihina
………………………………………ooo oooo

Dikejauhan istana keangkuhan
menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
iman dan akidah lebih utama

Ratu syahadah lalu bermadah
Oh tuhan binakan Istana untukku
Walau di dunia ku diseksa
namun tak terbayang nikmat di syurga


Tabah menghadapi saat namamu dipalit dengan minyak hitam mereka. Kemudian hari, walaupun namamu dapat dibersihkan balik, bau yang ditinggalkan akan dihidu oleh mereka sendiri.

Monday, January 12, 2009

Siapalah aku...

Tidak mengemaskini blog sendiri bagaikan tidak mengemaskini Iman di hati. Merasakan diri terbang merewang tak tahu ke mana. Namun kenapa saya mendiamkan diri 4 hari sudah terbayar dengan mengantuk di siang hari. Kenapa?

Buat dahulu baru bersuara. Aplikasi dahulu baru memberi kata-kata. Indahnya hidup jika segala-gala ilmu dalam pengetahuan kita kan? Alangkah indahnya tak perlu membuka buku dan tak perlu mencari maklumat kan? Tapi sudah menjadi asam garam di alam Allah ini. Manusia diberikan akal untuk berfikir, malah mengasah akalnya dengan lembaran panduan kita Al-Quran dan As-sunnah.

Di hadapan anda, saya kuat. Di hadapan Allah, hinanya daku. Moga kesudahan hidup kita adalah di sisinya. Moga Allah tidak menutup pintu kasihNya. Usaha kita jagan disertai angkuh bahawa segala-galanya adalah ditangan kita. Tetapi ketentuan Allah itulah tawakkal kita. Inilah didikan jiwa yang saya dan anda alami tika bergelumang dengan kesusahan menebarkan kebenaran. Moga ia benar-benar kebenaran. InsyaAllah!!!




Bersama-sama kita dalam jemaah memacu matlamat hidup yang murni agar kita tidak diculik oleh mana-mana ideologi manusia yang tidak berkesudahan. Entahkan di jalan lurus atau di jalan toghut. Berdoalah kita agar tidak ada orang mahupun sesuatu yang jahat mengambil peluang ke atas kita tika kita seorang di jalanan hidup kita. Bersatulah!!!


Thursday, January 8, 2009

Gelombang PEDULISMA

Tetapi bukanlah hal itu yang menjadi bahan fikir saya kebelakangan ini. Apa yang lebih membimbangkan saya, ialah kecelaruan pemikiran para pengundi, khususnya dari kalangan generasi muda yang bakal mengundi buat pertama kali, tentang segala hal yang berkaitan dengan pilihanraya dan proses demokrasi di negara kita.

KEMUSYKILAN 1: AKU TIDAK PEDULISMA

Kemusykilan terbesar yang menjadi ancaman ideologi paling kuno tetapi pesat berkembang iaitu pemikiran AKU TIDAK PEDULISMA yang melanda masyarakat kita, khususnya dari kalangan generasi muda.

Tak peduli, tidak mahu mengambil tahu, tidak kisah… namakan apa sahaja, ia memberikan maksud pilihanraya, proses demokrasi di negara kita dan percaturan politik yang mencorakkan kehidupan mereka secara kolektif, tidak dianggap penting sama sekali.


sila layari saifulislam.com dan cari melalui pilihanraya kampus untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu anda. bukan isu saya, bukan isu orang-orang yang igin bertanding, tapi isu anda.

Potilitk Kampus mempengaruhi unsur kehidupan kita. Suasana Pembelajaran? Ekonomi kita? Didikan rohani kita? Jadi, jangan biarkan 'orang' lain mencaturkan diri anda, segala keputusan ada di tangan anda sejak azali lagi. Sedarlah!

Wednesday, January 7, 2009

My Hurt of The Wave



Pro M
http://mahasiswakini.com/

Dasar:
1. Unity
2. Welfare
3. Academics
4. Leadership

Nilai Tambah:
1. Memberi sokongan pada program-program ilmiah lain dan program-program bersama.
2. Berdikari tanpa ada sokongan pihak berkepentingan
3. Sumber kewangan dapat daripada ihsan para mahasiswa dan lepasan UM
4. Amar Makruf Nahi Mungkar
5. Menjalankan projek-projek atas dasar Unity, Welfare, Academics and Leadership tetapi tetap menjaga batas halal haram (Unsur hikmah sering dititikberatkan tetapi selalu tidak mendapat sambutan dari pihak yang menolak PMI)



Penggerak M
http://penggerakmahasiswa.blogspot.com
Dasar:
1. Perpaduan
2. Kebajikan
3. Kepimpinan
4. Agama
* Saya tidak pasti kerana bacaan kelmarin lain daripada bacaan hari ini di blog di atas.

Nilai Tambah:
1. Juga memberi sokongan pada program-program isu bersama.
2. Mendapat hampir keseluruhan sumber kewangan dan sokongan penuh HEP (Kurang berdikari)
3. Akan menjadi kroni HEP secara lansung dan akan dijanjikan mendapat kerja HEP apabila ‘graduate’(Apabila ada kelebihan dan asalkan pandai ambil hati)
4. -
5. Program Islamik ada dan projek-projek bertemakan ‘Song, sport dan academic’ juga diluluskan hanya atas dasar-dasarnya tanpa dibataskan mengenai halal haram (terpaksa berterus terang).
6. Batasan ‘sociality’ kurang dititikberatkan terutama projek-projek kolej, contohnya projek tarian. Menari? Siapa? Perempuan? Islam?



Walaupun di sini amat jelas unsur berat sebelah, tetapi hakikat yang saya nampak, faham dan jelas adalah seperti di atas. Saya berusaha untuk menyelami perasaan orang- orang yang menyokong penggerak mahasiswa, yang mereka nampak (persepsi) kepada Pro M ini hanyalah demonstrasi, ‘baik sangat- rigid’, dan tak pandang orang-orang tudung kecil dan berseluar jeans.

Kami bukan tidak mahu sertai program ‘happening’, ‘ reality’, atau ‘ sukan’, tetapi apabila kami nampak batasan tidak dititikberatkan, kami elakkan. Menolak mudhorat besar lebih baik daripada mengejar kepentingan yang ada.

Kami membuat alternatif lain dengan mewujudkan projek-projek ‘happening’ untuk semua. Nak campur lelaki perempuan tak apa, tetapi mestilah mengikut syarat-syaratnya. Susah ke? Kalau nak, alasan insyaAllah kita dapat tolak ke tepi. Marilah kita menjadi contoh kepada kaum China dan India. Bukannya bergaduh sesama Islam mencari nama dan kebahagiaan sementara di dunia.

Qudwah Hasanah.
Menjadi contoh yang baik dan matlamatkan hidup kita ke arah mewujudkan kemurniaan hidup. Lantas, perpaduan, kebajikan, akademik dan kepimpinan akan turut sama kejelasannya. Saya bukanlah pemimpin yang ada kebolehan memimpin yang anda suka untuk tojolkan dan banggakan, namun saya suka untuk melihat kawan-kawan saya dan anda juga berjaya. Ya berjaya dengan cemerlang. Terserahlah apa yang anda fikirkan dengan perkataan BERJAYA DENGAN CEMERLANG ini.

Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan berhikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya. Dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah an-Nahl: 125)


Bila kita nak berubah? Mari kita membaiki diri kita ke arah lebih baik dan bukan mencuba perkara yang belum tentu memberikan banyak kebaikan malah keburukan. Pro M merancang untuk membina satu tapuk pemerintahan yang mampu menghalang tersebarnya program-program yang tidak tentu hala tujunya. Matlamat yang mempunyai kepentingan peribadi semata-mata. Pro M hanya inginkan kebaikan bersama untuk semua warga UM. Sebab itulah slogannya WE LOVE UM.

Kenapa PRK?

Kerana PRK adalah satu wadah untuk membuka mata mahasiswa untuk melihat bahawa mahasiswa Pro M bersungguh-sungguh untuk membuat perubahan. Namun kuasa 2/3 majoriti dalam MPP selalu menenggelamkan calon dari Pro M yang berjaya menjadi MPP.

Di sini saya kongsikan laman-laman yang saya suka untuk kongsikan.

Pihak Gamis merasakan bahawa PRK merupakan satu-satunya kaedah yang terbaik untuk memanifestasikan keluhuran akademik dan disiplin mahasiswa untuk mempamerkan bakat kepimpinan disamping menonjolkan sikap negarawan yang disegani.

http://ariffss.blogspot.com/2008/10/mpp-untuk-siapa.html

Biarlah PRK kali ini berlaku seperti biasa. Biarkan calon masing-masing menonjolkan diri demi kebaikan dan nilai tambah yang ada pada diri mahsiswa itu sendiri.

MAHASISWAKINI
"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Profesor Diraja Ungku A. Aziz

______________________________________________________________________________________

Seterusnya, saya ingin bawa anda berjalan-jalan sedikit. Berjalan melihat dunia. Dunia weh! World tuuuu. Hmmm…

HAMAS isytihar intifadah ke-3 apabila Gaza dibom berterusan menyebabkan 315 saudara seIslam kita syahid dan 1500 lagi cedera! Mari kirimkan doa & qunut nazilah buat saudara-saudara seagama kita si sana!
“Allahumma ya Mujriyas sahab, wayaHazimal Ahzab, ihzimhum kaumalKafirin, wa laknat a’laiihin, wansurna a’la kaumal Kafirin’. Sebarkan sahabat-sahabat, sebarkan lah dan untuk berita lagi jumlah tu dah meningkat lebih 3000 yang terkorban.


Amerika jahat tak bagi hantar bantuan lagi. PBB pun subahat juga, tak boleh hantar bantuan lagi. Doktor pun dah 3 orang meninggal kena serangan tu. (Tak silap ini berita 3 hari lalu).”

Nak perkembangan yang lebih ‘advance’ lagi layarilah http://www.iht.com

My HURT! Also Your HURT too… Helpppp


O Israel! Curse on you the great curse from Allah! What you have done for Palestine is never end until we do the great war on you.

At least, please think our mother in the village is sick. She need money to treat her own ill. Our brother was threaten with gun under his chin, our younger sister was playing in front of the Israel soldiers. Why??

If the threaten is common to them, for us also very very common to hear the criminal. Oh no.

Rise Islam rise! Wake up from our matters now, everyone must do something from now.
Aware that we do not do anything yet before we dead.

We cannot apply apologies from because we cannot do anything, them was dead already. So, if they will ask us why we do not help them on this world when at Padang Mahsyar. So what will we answer. They will pull us from enter into paradise. I don’t want that. Oh no.


Medics killed

On Sunday, an Israeli raid killed at least four paramedics as they tried to reach wounded Palestinians. Ambulances have also been hit in the attacks, Palestinian sources said.
(Al Jazeera)

Monday, January 5, 2009

The Big WAVE of Mahasiswa


Why I choose pro mahasiswa?
Why I do not choose penggerak mahasiswa?

Sudah menjadi kelaziman bahawa makhluk Allah membenci apa yang mereka tidak tahu.
So, let us investigate all about Pro-M and Penggerak-M.

I need some more time to search and analise them. My heart hurt???. Who do that?

Saturday, January 3, 2009

Hilang


Hilang,
Ke mana aku?
Di mana aku?
Menunggu saja?

Hilang,
Kea rah mana aku patut mulakan?
Menunggu pertolongan?
Bertanya?

Aku Hilang lagi,
Panik aku lagi menyesatkan,
Hilang lagi,
Bertenang atau meratap?

Terus aku berfikir atau berzikir,
Aku berjalan mengikut arus,
Mencari pengertian dengan arus,
Mencari dengan bercara.

Hilang lagi?
Ingat di mana pangkal?
Ada pangkal?
Aku asing di negara sendiri.

Siapa mereka?
Di mana yang sefikrah?
Di mana orang yang mengerti?
Aku perlu mencari.

Aku perlu berusaha,
Meratap bukan masanya,
Aku perlukan Allah,
Kotor hatiku melalaikan aku.

Lalai dari sedar,
Moga tiada orang berhati busuk,
Busuk mengambil peluang,
Semoga aku selamat .

Hilang lagi?
Cahaya makin ternampak,
Di celah-celah kelam,
Aku berjalan dengan tersusun.

Tidak perlu terlalu gopoh,
Perlu bertahap,
Aku perlu persediaan,
Perlukan kejayaan.

Awalan Hijrah 1430H

Seminggu sudah saya meninggalkan blog saya tidak terisi. Rindu sebenarnya untuk menjamah laptop saya dan mengisi ruangan peribadi untuk dikongsikan bersama. Tika ini saya masih dalam musafir di Kuantan. Awalan tahun 1430 H dan 2009 Masihi ini saya isi dengan perjalanan yang tidak henti. Ke program pengisian jiwa, ke rumah kakak, balik ke kolej, ekspedisi ke Tasik Titiwangsa, ke rumah kak A lagi dan ke Kuantan. Tanpa henti. Sudah lama saya tak mengalami keadaan tanpa henti begini. Seronok itu ada. Melazimi kepenatan bagi mengelak dari terbunuh dengan rasa lapang. Mengejar mencari pengalaman.

Menyesal dan mengutuk diri sendiri tatkala saya lupa. Lupa untuk mengamalkan istighfar dan membaca pelindung diri ketika saya sesat di jalanan. Ya, saya sesat dalam kepenatan. Tersalah naik komuter padahal saya sudah berpuluh-puluh kali menaiki komuter. Kemudian terlepas destinasi kerana tertidur dalam bas. Kehabisan bateri telefon dan gagal meminta bantuan sesiapa. Malah yang paling saya kecewa bagaimana saya lupa untuk beristighfar. Astaghfirullahal’azim. Yang saya ingat pada masa itu adalah saya ‘blur’.

( Dalam perjalanan ke rumah kak a selepas ekspidisi ke tasik titiwangsa pada malam tahun baru, penat tidak tidur- peyakit direka sindiri- haha)
Tapi Alhamdulillah dalam perjalanan itu masih ada yang bersimpati kepada saya ketika di atas bas. Terima kasih pada pak kondukter.

Teringat saya pada seorang ‘abang’ yang pada hemat saya ialah dia seorang pak cik. (Salah saya yang perasan masih muda).Ketika saya ingin ke KB untuk satu program. Dia menumpangkan saya tanpa meminta apa-apa bayaran. Dia banyak bertanya pada saya itu dan ini. Namun, saya cuba sedaya upaya berfikiran terbuka untuk tidak bersangka buruk padanya.

“ Adik baca apa kalau naik kenderaan?” Tanya ‘abang’ tu.

“ Erm, baca al-fatihah dan surah 3 Qul” Jawab saya teragak-agak lantaran saya terlupa baca sebenarnya.

“ Ini abang nak bagi tips ni. Sebagai ikhtiar kita untuk mengelak daripada apa-apa bahaya la.”

“Ya”. Senyum saya ke jalan.

“ Awak baca la macam biasa al- fatihah, surah 3 Qul, kemudian awak tambah dengan selawat 11 kali, baca al-ikhlas 21 kali dan baca ayat qursi.” Bagitahu abang itu.

(‘Actually’ saya lupa bilangan-bilangannya. Tapi saya berpegang berapa banyak itu tidak penting, tapi apa yang dibaca itu penting.)

# Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi bersabda maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu." (Hadis riwayat Muslim, at-Tirmizi, Abu Daud, Nasa'i, Imam Ahmad dan Ibn Hibban)


Saya baca blog akhi ibnu halim ( Sahabat saya daripada kolej kediaman keempat, ex-Pengerusi Balai Islam 2005/2006). Dia telah mengikuti satu temuduga untuk menyertai kelas perubatan Islam Darussyifa’. Katanya, akhi Akbar pun sertai juga (sahabat daripada Fakulti Linguistik). Bagus ya akhowani! Saya bangga dengan anda! – Darussyifa’ adalah Persatuan Kebajikan Dan PengubatanIslam Malaysia yang diideakan oleh Dato' Dr. Haron bin Din lebih dikenali dengan pangillan Ustaz Haron Din bertempat di Bangi. Antara pelajarannya ialah:

1. Konsep Perubatan Islam.
2. Makhluk Halus Mengikut Al-Quran & As-Sunnah.
3. Makhluk Halus & Penyakit.
4. Ayatul Syifa' ...


Di sini saya ingin menambah dan mengukuhkan lagi amalan yang perlu untuk kebaikan saya dan sahabat-sahabat. Amalan pelindung diri untuk kebaikan diri.

http://ittutor.net/forums/index.php?showtopic=25715

Bagaimana kita mahu mendoakan kepada orang-orang yang telah menolong kita pada waktu kita memerlukan pertolongan sedangkan kita tidak tahu nama dan bagaimana ingin menghubunginya kembali? Hanya Allah yang tahu kita sentiasa mengingati mereka. Semoga ada jalan untuk pahala sentiasa melimpah-limpah kepada mereka dengan doa kita. InsyaAllah!